Terima keputusan jika rekod tidak diiktiraf

Oleh Aida Adilah Mat
[email protected]

Source: Terima keputusan jika rekod tidak diiktiraf

Kuala Lumpur: “Saya terima jika rekod yang dilakukan tidak diiktiraf,” kata Badrul Hisyam Abdul Manap selepas rekod 100m dikatakan tidak mengikut spesifikasi Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Atlet kelahiran Melaka itu mengetahui khabar angin itu tiga hari lalu dan kini kuasa sepenuhnya terletak di tangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mengesahkan perkara itu selepas Persatuan Olahraga Brunei (BAA) mengakui terdapat kesilapan.

Melalui surat yang dihantar kepada KOM, BAA mengakui bahawa mereka melakukan kesilapan apabila tidak meletakkan alat pengukur angin di tempat yang sepatutnya sekali gus menyebabkan rekod kebangsaan Badrul dianggap tidak sah berikutan kegagalan penganjur di Brunei mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF.

Antara yang tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti ‘photofinish’ di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103583#sthash.6qTb0Kud.dpuf