myMetro | Vincent tebus kecewa

myMetro | Vincent tebus kecewa.

Alor Setar: Pelari Negeri Sembilan, Devin Roy Vincent menebus kehampaan apabila memperbaharui rekod 1,500m L15.

Berusia 14 tahun 7 bulan, pelari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah, Seremban itu mencatat 4:12.48s, mengatasi 19 pencabar lain dalam acara kegemarannya itu.

Berlari dengan azam menebus kekecewaan, dia bukan saja memberikan pingat emas kedua Negeri Sembilan, tetapi turut memadam rekod S Saranraj dari Pahang, 4:13.77s dicipta pada MSSM Johor 2010.

Dia jauh meninggalkan peserta Kedah, S Mathan Raj (4:20.04s) dan rakan senegeri, Muhammad Zaqwan Mohd Yusof yang meraih gangsa ( 4:24.80s).

Dua hari lalu dia sekadar meraih perak acara 800m L15, tewas tipis kepada pelari Pahang, Luqmanul Hakim Khairul Akmal.

“Acara 1,500m memang kegemaran saya.

Kekalahan acara 880m membuatkan saya bersemangat.
“Saingan tetap sukar seperti 800m, tapi saya berupaya bentuk rentak sendiri,” katanya.