myMetro | TRTR julang cabaran Perak

myMetro | TRTR julang cabaran Perak.

Oleh Esme Johari Wahab

Alor Setar; Kuartet 4×100 meter Perak memperbaharui rekod milik mereka pada Kejohanan Olahraga dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Darul Aman semalam, sekali gus mengulangi kejayaan di Pahang tahun lalu.

Kuartet P-18 yang dibarisi Goh Pei Ching, Kang Woan Yi, Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri dan R Kirthana itu menamatkan saingan dengan 48.24 saat bagi mengatasi rekod 48.28s yang dilakukan mereka di Kuantan tahun lalu.

Dengan nada gembira, Syafiqah berkata, mereka begitu teruja dengan pencapaian itu memandangkan tidak banyak berlatih bersama.

Woan Yi dan Kirthana menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) manakala dia dan Pei Ching bersekolah dan berlatih di Perak.

“Persefahaman terbentuk sejak tahun lalu masih berada dalam jiwa setiap pelari.

Meskipun boleh dikatakan hanya sekali dua saja berlatih bersama namun saya puji rakan sepasukan kerana mereka memang ‘best’, ceria dan sentiasa positif.

FotoPELARI pecut bagi kategori P-18 acara 4x100m (dari kiri ke kanan) Siti Nur Hazirah Razali (pelari simpanan), Shereen Samson (pelari simpanan), Kirthana, Noor Eewan Syafiqah, Woan Yi dan Pei Ching bangga lakar rekod baru.

“Kami menggelarkan kuartet kami TRTR iaitu ‘Tinggi, Rendah, Tinggi, Rendah’ kerana pasukan ini memiliki dua pelari yang mempunyai fizikal tinggi dan dua pelari susuk lebih kecil dan rendah,” katanya.

Woan Yi berkata, kejayaan itu begitu manis kerana dapat mengulangi acara kelas P18 selama dua tahun berturut-turut.

“Tanpa semangat dan kemahuan, kami mungkin ketinggalan sejak awal, tapi Pei Ching berlepas dengan baik bagi membolehkan kami membentuk momentum konsisten sepanjang hampir 49 saat bersaing.
“Saya tidak tahu hendak kata apa lagi.

Kami pasukan 1Malaysia,” katanya tersenyum lebar di sebelah jurulatih pecut Perak Ng Yet Seng.

Perak diraih kuartet Terengganu (48.54s) dan Sarawak gangsa (49.96s).