myMetro | Rekod baru Andre, emas sulung Sabah

myMetro | Rekod baru Andre, emas sulung Sabah.

Alor Setar: Andre Anura Anuar memperbaharui rekod baru kejohanan milik sendiri dalam acara lompat jauh L15 sekali gus menghadiahkan pingat emas sulung kontinjen Sabah pada Kejohanan Olahraga MSSM di Stadium Darulaman, semalam.

 

Atlet berasal dari Tenom itu melakukan lompatan sejauh 6.89 meter, memperbaharui rekod lamanya 6.75m dilakukan pada MSSM Pahang tahun lalu.

Andre yang mendapat jolokan ‘Jumper’ meninggalkan jauh pencabar tuan rumah, Mohamad Fitri Anaqi Sobri yang merakam 6.55m dan rakan senegeri, Darren Richard Harry (6.51m).

“Kejohanan MSSM kali ini memang mencabar kerana terpaksa bersaing dalam tempoh panjang hingga lewat malam akibat hujan.

 

Saya yakin mampu melompat lebih jauh jika tidak kerana kasut dan baju yang basah kerana membuatkan saya terpaksa lebih berhati-hati supaya tidak tergelincir.

Apapun, setiap percubaan berjaya dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Chung Hwa Tenom itu meluahkan rasa yakin dapat melepasi catatan 7 meter dalam masa terdekat.

“Saya ada melakukan lom patan lebih 7 meter tetapi dipersalahkan akibat kesala han teknikal.

 
Saya akan men cari formula terbaik bersama guru saya, cikgu Hadi untuk mengatasi kelemahan itu bagi mendapatkan jarak lompatan lebih baik.

“Saya bukan bukan jenis suka cepat mengalah dan setiap kali berada pada laluan sebelum melonjak ke dalam timbunan pasir, saya harap 0.1m pun akan memberi perbezaan.

 
Prinsip saya sedikit sedikit dan lama-lama meningkat,” katanya.

Pelari Pahang, Luqmanul Hakim Khairul Akmal memecahkan rekod acara 800m L15 yang bertahan selama empat tahun milik Tan Wei Heng dari Kedah dicatat pada MSSM KL 2009.

Dia memperbaharui rekod itu dengan melakukan 1 minit 59.70s mengatasi rekod lama 2:00.68s, dalam saingan dua pusingan membabitkan trek sepanjang 400m.

Pingat perak milik pelari Negeri Sembilan, Devin Roy Vincent yang turut mengatasi rekod MSSM dengan rakaman 2:00.62s dan pingat gangsa, Mohd Afiq Ikmal Ramali dari Kedah.