myMetro | Nor Eewan unggul

myMetro | Nor Eewan unggul.

Alor Setar: Pelari berbakat besar dari Perak, Nor Eewan Syafiqah Mohd Sabri memecahkan rekod berusia 15 tahun selepas mengungguli acara 200m wanita kategori P18 pada hari terakhir Kejohanan Olahraga dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-56 di Stadium Darulaman, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh itu merakam rekod baru kejohanan (RBK) dengan catatan 25.00s bagi memadam rekod pelari Terengganu, Nik Norazura Mahmud, 25.03s yang dilakukan pada MSSM Sabah di Kota Kinabalu pada 1999.
Kemenangan itu pingat ketiga Syafiqah atau lebih mesra di sapa ‘Sya’ selepas meme nangi acara 100m P18 selain membantu kuartet 4x100m P18 Perak meraih emas.