myMetro | Jaguh pecut Selangor pamer penguasaan

myMetro | Jaguh pecut Selangor pamer penguasaan.

Alor Setar: Skuad eksperimen berusia 30 hari Selangor mempamer kepantasan tersendiri apabila mengungguli acara 4x100m L15, semalam.

 

Berlari dengan tonggak jaguh pecut 100m L15, Willy Gew Teng Yon, Selangor turut dibarisi Muhammad Amirul Ammar Mohd Ramli, Muhammad Nazeem Abdul Wahab dan Muhammad Aidil Amin Ahmad Shah untuk memenangi acara itu dengan 43.32s.

Mereka berada di depan rangkaian pelari Pahang (43.72s) dan Sabah (44.00s).

Willy agak terkejut kerana mereka baru digandingkan sebulan, tetapi sudah ada keserasian.

“Pasukan saya hebat.

 

 

 

Tiga rakan saya itu memecut baik dan saya hanya perlu memanfaatkan kepantasan terakhir pada laluan lurus 100m.

Pahang memang pantas kerana mendapat khidmat pemegang dua rekod 400m dan 800m, Luqmanul Hakim Khairul Akmal.

“Sekarang kami akan balik berehat dan memikirkan MSSM tahun depan pula kerana kami masih ada peluang mengulangi pencapaian ini.

 
Kami mensasarkan memecahkan rekod kuartet Melaka yang dilakukan tahun lalu (43.17s),” kata pelajar dari Klang itu.

Dalam acara 4x100m lelaki L18, kuartet Melaka meraih emas dengan 42.45s diikuti Selangor (42.61s) dan Sarawak (42.80s).