myMetro | Grace kota janji

myMetro | Grace kota janji.

Alor Setar: Grace Wong (gambar) mungkin seorang pendiam dan pemalu, tetapi dia tahu apa perlu dilakukannya untuk meraih pingat emas.

 

Atlet berusia 15 tahun dari Sarikei itu membuktikannya apabila memecahkan rekod lontar peluru kategori P15 milik Siti Nurul Ain Abd Rahim 11.22m pada MSSM Melaka 2003 pada saingan acara itu di Stadium Darulaman, Alor Setar, semalam.

Dalam tempoh beberapa jam saja, Grace mencatat 12.80m pada sebelah petang selepas menguasai acara lem par cakera P15 pada pagi dengan jarak 37.38 m bagi mem erbaharui rekodnya sendiri, 34.96m yang dilakukan di Kuantan tahun lalu.

“Saya gembira dan rasa OK dengan kejayaan ini.

Saya memang datang untuk menang emas,” kata pelajar berusia 14 tahun 3 bulan 18 hari itu.

Ketua jurulatih kontinjen Sarawak Lim Eng Hooi berkata, pencapaian Grace menyuntik semangat atlet lain kontinjen Bumi Kenyalang itu selaku juara bertahan.

“Kami sudah meraih 13 emas dan berharap dapat menyamai pencapaian 15 emas di Kuantan tahun lalu.

“Grace seorang atlet berdedikasi dan saya rasa rekod baru dilakukannya berpunca daripada diet sesuai yang menyebabkan dia dapat mengurangkan beberapa kilogram berat badannya.

“Dia ada memberitahu mahu kekal kompetitif dan jika boleh mencipta rekod dalam semua acara disertainya,” katanya.

Foto