Mesyuarat Agung Persatuan

Persatuan Olahraga Kinta dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 8 pada 27/08/2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan MSN Perak. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh pemerhati dari POP , En Rajagopal. Presiden P.Kunalan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden manakala En Shanmuga Nathan Kunjambu telah dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. En LA Nathan kekal sebagai Bendahari Kehormat. Bekas Setiausaha En NN Balakrishnan telah dipilih sebagai Naib Presiden.