Kejohanan Balapan Dan Padang Persatuan Olahraga Daerah Kinta 2015

Setelah ditunda pada tahun lepas, Kejohanan Balapan dan Padang anjuran Persatuan Olahraga Daerah Kinta kembali semula pada tahun 2015. Pihak Jawatankuasa telah memastikan untuk mengadakan kejohanan pada hari Ahad , 1 Mac 2015 .

Sehubungan pihak persatuan mengalu-alukan penyertaan daripada sekolah-sekolah, persatuan-persatuan olahraga serta orang perseorangan yang berminat untuk menyertai kejohanan ini. Hadiah untuk pemenang serta sijil penyertaan untuk semua pendaftaran disediakan.

Untuk butiran lihat di sini.