Karim Ibrahim menang kerusi Presiden KOM | Harian Metro

Karim Ibrahim menang kerusi Presiden KOM | Harian Metro.

Kuala Lumpur: Debaran untuk mengetahui kepimpinan baru Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi penggal 2014-2016 akhirnya terjawab apabila Datuk Karim Ibrahim berjaya memenangi kerusi Presiden KOM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk selepas menewaskan pencabarnya Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan meraih 33 undi berbanding lapan untuk Wan Hisham.

Sementara itu, Presiden Persatuan Olahraga Selangor (PPOS) Datuk S M Muthu dilantik selaku Timbalan Presiden KOM apabila mengumpul 26 undi menewaskan pesaingnya Datuk R Annamalai yang sekadar meraih 15 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, seramai empat wajah baru bakal menganggotai KOM yang diketuai Datuk Noorul Abdul Majeed (33 undi), Datuk Rosni Sohar (30 undi), Iyaru Muthu Samy (27 undi) dan Datuk Than Siew Kai (27 undi).

Seramai 42 ahli perwakilan daripada 14 gabungan KOM (setiap ahli gabungan mempunyai tiga wakil) hadir membuang undi hari ini bagi menentukan hala tuju KOM untuk dua tahun akan datang.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5836#sthash.zgZbLH5S.dpuf