Kami ada sebab kekal MIM – Danyal – Sukan – Utusan Online

Mohamad Noor Rahim (dua,kanan) pada pelancaran Malaysian International
Mohamad Noor Rahim (dua,kanan) pada pelancaran Malaysian International Marathon (MIM) 2015 di sini, hari ini. Turut kelihatan Pengarah Pemasaran Mega Visual, Zoe Chow (dua,kiri) Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Danyal Balagopal Abdullah (kanan) dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (kiri). Pertandingan akan diadakan pada 23 dan 24 mei akan datang dan terbahagi kepada lima kategori. – BERNAMA

 

Menurut Danyal keputusan untuk kembali menggunakan nama MIM diputuskan oleh Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan MOM bermesyuarat baru-baru ini.

Mereka mendapati tiada keperluan untuk menukar nama tersebut, selain lebih sesuai untuk tujuan pemasaran.

“Ramai pihak yang beranggapan saya yang ingin menukar kembali nama tersebut sebenarnya bukan saya. Saya hanyalah anggota komuniti sahaja.

“Keputusan itu dibuat bukan oleh saya seorang tetapi ia diputuskan dalam mesyuarat.

“Sekarang ini banyak pihak yang mahu menuding jari ke arah saya. Sebenarnya peguam saya memaklumkan saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan sebab ia boleh menjejaskan isu ini.

“Tan Sri Mohamad Noor Rahim (Timbalan Presiden MOM) merupakan orang yang paling sesuai untuk bercakap mengenai hal ini sebab dia ahli lembaga MOM.

“Hasil daripada mesyuarat tersebut pihak kami mendapati tiada keperluan untuk menukar nama kejohanan tersebut. Antara sebab nama itu ditukarkan adalah untuk memudahkan kami mendapat penajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini MOM akur untuk tidak meneruskan kontroversi apabila mengambil keputusan menukar nama MIM kepada yang lain tanpa melibatkan perkataan ‘Antarabangsa’ dan ‘Malaysia’.

Tindakan untuk kekal dengan nama MIM jelas tidak disenangi Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang bersedia membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa O­limpik Antarabangsa (IOC).
– See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/kami-ada-sebab-kekal-mim-8211-danyal-1.50820#sthash.nZpS2rsG.dpuf