En G.Sivanesan Presiden Baru Persatuan Olahraga Daerah Kinta

Persatuan Olahraga Daerah Kinta telah mengadakam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 10 Tahun 2016 pada 24 April bertempat di YMCA , Ipoh. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Richard Ng yang mewakili YB Dato Shahrul.

Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan bagi pemilihan jawatan Presiden di antara En Kunalan (Kelab Panther) dan En Sivanesan (Kelab Pesron). En Kunalan ialah penyandang jawatan Presiden. Keputusan mesyuarat akhirnya memihak kepada En Sivanesan.