Kejohanan POADK

Untuk julung kalinya POADK telah menganjurkan kejohanan balapan dan padang pada 1 September 2013. Seramai 34 pasukan dan 276 orang peserta telah mengambil bahagian. Sesungguhnya kehadiran pasukan dan atlit-atlit ini telah memeriahkan lagi kejohanan. Penglibatan mereka juga memberikan semangat baru kepada POADK untuk menganjurkan kejohanan yang lebih meriah pada tahun hadapan.